There was an error in this gadget

Sunday, June 7, 2009

.:Nak Kaya Raya? Baca Ni dulu:.


Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat, barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti, akan org itu akan mewarisi separuh dari harta peninggalannya itu. Lalu jutawan itu bertanya pada sume anak2nye adakah dorg sanggup menjaganya di dlm kubur nanti selama 40 hari didlm kubur yg bakal dihias indah seperti banglo mewah. Ini jawapan anak2 nye, "Mana mngkin kami sanggup jaga ayah sebab masa tu ayah dah jadi mayat".

Keesokan harinye lak. juawan itu pangil sume adik beradiknye berkumpul dan dia bertanyakan soalan yg sama. Adik beradiknya pun jwp, "Adakah abg sudah hilang akal? mana ade manusia yg sanggup bersama mayat selama 40 hari walaupun di dunia ni, apatahlagi di dalam kubur". Jutawan tu rase sedih n kecewa sgt dengan anak2 nye n adik beradiknye. Dia terus masuk bilik dia tapi pada masa sama dia tetap beregas dengan hajatnye yg nak di temani masa dlm kubur nanti. Lpas puas berfikir dia pun dapat satu akal. Dia panggil setiausaha dia n arahkan setiausaha dia supaya iklankn dlm surat kaba tentang hajat dia tu.

Akhirnya, smpai jugak lah hari di mana jutawan tu meninggal dunia. Seperti mana di wasiatkn, beberapa org tukang rumah pun sibuklah menyiapkan kuburnya yg di bina n dihias indah seperti sebuah baglo di dlm tanah dan dilengkapi segala keperluan harian yg mencukupi utk 40 hari. Pada masa yg sama, ade sorg tukang kapak yg sangat miskin telah mendengar wasiat jutawan tuh. Dia pun berbincang ngan isteri dia tentang hal itu dan minta pendapat isteri dia samada pelu atau tak dia amik kesempatan tu utk mengubah nasib keluarga dia. Isteri dia pun ckp, "abg, apa sangatlah kalau kena jaga mayat selama 40 hari kalau nk di bandingkn dengan keja abg yg kuar masuk hutan, berdepan dengan binatang buas ketika menebang kayu. Lagpun segala keperluan makan n minum di sediakan dlm kubur tu nanti". Lepas dah pikir panjang, tukang kayu tu pun pergilah ke rumah jutawan tu untuk menunaikan hajat jutawan tu.

Keesokan harinye bermula lah majlis pengebumian jutawan tuh dengan cara yg diwasiatkan walaupun terdapat bantahan dpd org2 yg arif ilmu agama. Si tukang kapak tadi pun ikut serta sekali ke dalam tanah bersama ngan kapaknya. Di pendekkan cerita maka selesai lah majlis pengebumian jutawan tuh. Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan, maka datanglah mungkar dan nagkir ke dalam kubur tersebut. Tukang kapak ni yg tahu sedikit sebanyak ilmu agama menyedari akan kedatangan dua malaikat itu. Dia pun menjauh kn diri dpd mayat jutawan tersebut kerana mengetahui sudah smpai masanya mayat itu disoal oleh Munkar dan Nankir.

Tetapi! sebaliknye yg berlaku. Munkar dan Nankir telah menuju ke rahnya lalu berkata, "apa yg kau buat disini?" Si tukang kapak tu pun berkata, "Aku menjaga mayat ini selama 40 hari utk mendapat setengah daripada harta peninggalannya". "Harta apa yg ko ada sekarang?", tanya dua malaikat itu. "Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja utk mencari rezeki." "Dari mana kau mendapat kapak ini?" soal Munkar dan Nankir. "Aku membelinya." Setelah tukang kapak menjawap lalu hilanglah dua malaikat tadi.

Hari kedua di dlm kubur itu, malaikat Munkar dan Nankir pun dtg lagi lalu menyoal tukang kapak tadi. "Apa yg kau buat dengan kapak ini?". Jawap tukang kapak, "Aku menebang pokok utk dijadikan kayu api utk dijual."

Hari ketiga malaikat masih lagi bertanyakn pasal kapak tersebut. "Pokok siapa yg kau tebang dengan kapak ini?" maka tukang kapak pun menjawab, "Di hutan mana ada tuan punya pokok." Lalu malaikat bertanya lagi, "adakah kau pasti?". Tukang kapak hanya mengangguk. Malaikat pun berlalu pergi dari kubur itu.

Hari keempat malaikat masih lagi mengunjungi tukang kapak itu dan bertanya, "adakah ko potong pokok tersebut dengan ukuran yg sama utk dijual." Tukang kapak berkata, "aku tidak memotong mengikut ukuran sama rata." Hilang lagi Munkar dan Nankir.

Begitu lah seterusnya sehingga hari ke 39. Soalannya tetap berkisah kepada kapak yg digunakan si tukang kapak tersebut. Dan di hari terakhir iaitu hari ke 40, datanglah Munkar Nankir sekali lagi bertemu dengan tukang kapak tersebut lalu bekata, "Hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketila tapi aku akan bertanya pasal kapak ini.." belum sempat Munkar dan Nankir menyoal beliau, si tukang kapak tersebut telah melarikan diri keatas dan membuka pintu kubur tersebut. Kelakuannya diperhatikan oleh org ramai yg menunggu di kawasan kubur tersebut. Tukang kapak itu berlari tergesa2 smbil berkata, "ambillah kamu semua harta tesebut dan aku tidak menginginkanya lagi".

Tiba di rumah, si isteri terus bertanya kepada suaminya tentang harta yg dijanjikan oleh jutawan itu. Si tukang kapak berkata, "aku tidak mahukannya lagi!". Si isteri yg masih dalam kehairanan bertanya tentang mengapa suaminya tidak mahu harta tersebut. Si tukang kapak pun dlm nada sedih dan penuh insaf berkata kepada isterinya, "Harta yg aku ada sekarang hanyalah sebilah kapak ini, walaubagaimanapun selama 40 hari aku di dalam kubur apa yg disoal oleh Munkar dan Nankir hanyalah mengenai kapak ini. Apa akan terjadi sekiranya harta aku lebih banyak? Bagaimana aku dapat menjawab soalan Munkar dan Nankir bila aku mati nanti?Kedua suami isteri itu termenung tetapi pada masa yg sama bersyukur dengan apa yg dikurniakan Allah kepada mereka.... Tamat.....

No comments: